Home Blog Warkah Cakna Untuk Murid SimBel Tersayang..

Warkah Cakna Untuk Murid SimBel Tersayang..

by Simbel Studio
WARKAH CAKNA untuk murid tersayang dari Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK SIMPANG BELURU❤️

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua anak- anak SMKSB…
Apa khabar?
Semoga semuanya sihat, selamat, ceria dan bahagia bersama keluarga masing – masing.
Yang pasti perlu🌹 *STAY* *AT* *HOME*🌹

Sekarang negara kita sedang melalui ujian jangkitan penyakit yang merbahaya. Ini menyebabkan sesi persekolahan kita tergendala.
*Apakah* *yang* *kamu* *perlu* *buat* ?
Selain daripada patuh kepada arahan pihak berkuasa, janganlah lupa tugas kamu sebagai murid sekolah.
Jangan sia-siakan masa yang ada. Terus tingkatkan ilmu pengetahuan kamu dalam semua mata pelajaran dengan bantuan ahli keluarga.

*1* .Apa yang *BOLEH*…

✅Belajar ikut jadual sendiri di rumah… Contoh Ikut jadual sekolah kamu..
Mmg terbaikkk👍👍👍. Cikgu2 ada sediakan latihan secara online. Boleh cuba buat.
Jika ada masalah data internet..
Buat pembacaan & latihan buku yg ada di rumah.

✅Tolong ibu dan ayah di rumah adalah aktiviti yang bermanfaat.
Belajar kemahiran yang ada di rumah terutama murid tahap 2..
Memasak, membersih rumah, menolong adik mengulangkaji dan sebagainya.

✅ Tonton berita di tv untuk tahu perkembangan negara adalah amat berfaedah.

✅Cari aktiviti santai yang selamat di dalam rumah contoh membaca buku cerita, permainan kecil dan sebagainya.

*2* . Apa yang *TIDAK* *BOLEH*…

❎Melanggar arahan pihak berkuasa.. Jgn sama sekali yaa🙅‍♀️🙅‍♀️

❎Buat aktiviti tidak berfaedah.
Contohnya: makan tidur.. makan tidur, menonton tv sepanjang masa, menjadi pengganggu dalam keluarga (menyakat adik, bergaduh sesama adik beradik).. Tolong *JANGAN* ya..

*3* . PALING PENTING..
🌹Jangan lupa solat dan berdoa
🌹Ingat pesan mak ayah
🌹Jangan stress ya.. Buat aktiviti berfaedah dgn gembira.. guna masa untuk rapatkan hubungan
sekeluarga. Jadi anak / abang/ kakak / adik yang baik ya semua…😘😘😘

Semua cikgu sayang kamu😘😘 dan pastinya rindu keletah kamu semua ❤️❤️sebab ini bukan cuti sekolah biasa-biasa😔

Apa pun kita perlu *TABAH* & *KUAT* *SEMANGAT* !! 💪🏻💪🏻💪🏻❤️

IN SYAA ALLAH
Segalanya akan pulih.. Kita Akan ke sekolah semula.

Jaga diri, serlah peribadi❤️🥰

Sekian,

SALAM SAYANG DARI,

Mama BADARIAH
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK SIMPANG BELURU

#Stay at Home
#Break the chain
#Kita mesti menang
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Related Articles

Leave a Comment