Home Blog Sajak – Bangsa Musnah Kerana Dadah | Nasrah Addini

Sajak – Bangsa Musnah Kerana Dadah | Nasrah Addini

by Simbel Studio

Di luar sana ratusan ribu… bangsa kita
Tertipu dek godaan heroin, morfin dan marijuana
Di luar sana bangsa kita dibunuh oleh racun syabu dan ganja
Di luar sana bangsa kita tenggelam dalam lena maksiat
Lantaran candu dan pil kuda..

Kau rela apabila tubuhmu diikat, dirobek dan
ditusuk jarum-jarum kejahatan
Meringkuk di tepi lembah dan longkang
Tidur di timbunan sampah yang hanyir menjijikkan..

Bangsa kita bangsa terhormat
Bangsa kita bangsa keramat
Bangsa kita ada langkah Si Tuah 5 sahabat
Hancur bangsa musnah harapan dan cita-cita
Hancur maruah…agama.. adat dan budaya
Kerana penangan dadah durjana..

NasDini05

Sajak ini adalah karya milik Nur Nasrah Addini SMK SImpang Beluru
Sebarang peyalinan perlulah memohon kebernaran bertulis dari pihak sekolah.

Related Articles

Leave a Comment