Home Lain-Lain Majlis Santai Raikan Cikgu Roziah

Majlis Santai Raikan Cikgu Roziah

by Simbel Studio
Apabila nama Rizalmi mula dicanang, gelora melanda hati…
Apabila nama Roziah pula dimateri, gelisah meruntun jiwa..
Pertemuan dan perpisahan itu lumrah yang perlu kita hadapi..
Namun perpisahan seperti ini memberi impak yang mendalam di sanubari…
Tidak ada seorang pun di antara kita yang inginkan perpisahan tanpa di pinta ini..
Namun siapalah kita untuk menidakkan arahan yang telah diwartakan…
Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah, suka duka tangis tawa semuanya berpadu dalam balutan persahabatan..
Adakalanya kita berselisih, tapi lebih banyak kita berbagi kasih..
Adakalanya kita egois tapi lebih banyak saling mengerti..
Adakalanya kita tak sejalan tapi lebih banyak kita bergandingan tangan..
Hidup adalah perubahan seperti aliran air hujan..
Ke mana pun aliran, tetap berguna..
Begitu juga kita, bagaimana pun putarannya, menuju arah yang sama..
Kebaikan..
 
Oleh: Cikgu Mazniyati 
SMK Simpang Beluru

Related Articles

Leave a Comment