Home Aktiviti Sekolah Majlis Hari Guru & Persaraan Cikgu Dayang

Majlis Hari Guru & Persaraan Cikgu Dayang

by Simbel Studio

Sambutan Hari Guru SMK Simpang Beluru tahun ini dan Majlis Pesaraan Cikgu Dayang dilakukan menerusi aplikasi Google Meet secara dalam talian. Inilah norma baharu yang perlu kita hadapi buat masa kini dan mungkin untuk di masa-masa akan datang susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta keperluan mengamalkan penjarakan sosial sebagai langkah-langkah mencegah berlakunya penularan wabak Covid-19.

Majlis serba ringkas ini begitu meriah sekali dimulai dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan diserikan lagi dengan kepetahan berbicara Cikgu Suhaila selaku pengerusi majlis turut menceriakan suasana. Adakala mungkin boleh melupakan kesediahan beberapa orang guru yang sedih tidak dapat pulang berhari raya di kampung akibat sekatan perjalanan antara negeri oleh pihak kerajaan untuk mengekang penularan virus ini.

Jom saksikan rakaman majlis yang diadakan menerusi aplikasi Google Meet!!!
Atau klik SINI

Related Articles

Leave a Comment