Home Logo Sekolah

Logo Sekolah

by Simbel Studio

Maksud Logo SMK Simpang Beluru

PUTIH
Menggambarkan kebersihan, kesucian don ketulusan hati yang akan dipraktikkan dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

BIRU
Semangat perpaduan dan kerjasama yang jitu, seterusnya melahirkan komitmen kerja yang tinggi bagi mencapai wawasan yang dirancangkan.

MERAH
Bersemangat berani dan yakin boleh bertindak ke arah kecemerlangan yang menjadi misi don visi sekolah.

BERILMU
Semua insan perlukan ilmu. Buku dan satu prestasi akan terserlah melalui penulisan ilmu yang berterusan. Semua orang boleh belajar, boleh diajar dan boleh mendapat kejayaan melalui amalan ilmunya.

BERAKHLAK
Bertingkahlaku mulia, luhur, saksama serta ikhlas. Sentiasa mengamalkan tingkah laku tersebut bagi mewujudkan budaya sekolah yang sihat dan harmoni selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

BERWAWASAN
Mempunyal matlamat dan objektif dalam setiap tindakan yang dibuat. Di samping itu, bercita-cita dan mempunyai harapan yang tinggi untuk wawasan yang telah dituntut

BUKU
Merupakan satu simbol yang membawa maksud kepada belajar atau mengajar yang mana melibatkan kegiatan membaca, menulis dan mengira. Ia juga merupakan simbol sumber ilmu yang mana digambarkan melalui susunan bentuk 'Rebung'. Pepatah Melayu juga ada mengatakan, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya".

SPROCKET
Merupakan satu simbol yang membawa maksud kepada teknologi. Antara bidang teknologi yang cuba diterapkan ialah teknologi komputer.

RADAS SAINS
Perkembangan teknologi sedikit sebanyak melibatkan kepada kemajuan sains. Ini digambarkan menerusi kelalang bulat don kelalang kon.

BONGKAH ENJIN
Kemahiran dalam bidang kejuruteraan juga diterapkan ke sekolah seiring dengan bidang lain. Ini digambarkan melalui simbol bungkah enjin don sepana. Tujuan penerapan pelbagai kemahiran ini ialah supaya satu masa nanti Malaysia akan melahirkan masyarakat yang produktif.

ANAK PANAH
Penggunaan simbol anak panah yang digunakan dalam rekacipta lencana ini adalah untuk menggambarkan arah atau peningkatan kemajuan yang ingin dicapai oleh sekolah. Simbol peningkatan digambarkan melalui simbol saiz anak panah ini.

BULAN
Penggunaan simbol bulan sabit yang digunakan pada rekacipta lencana ini (bahagian bawah anak panah) untuk menggambarkan bahawa penerapan nilai etika juga diambil berat dalam melahirkan masyarakat beretika. Simbol bulan sabit membawa maksud ciri keislaman sedikit sebanyak berkait rapat dengan moto sekolah iaitu 'BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN’.